Salam Ceria! =)
Wahh!! Sudah lama tak update blog ni. tertinggal macam tu sahaja. kasihan, berhabuk ke sawang ke (bukan laman sesawang) labah2 spiderman ke cicakman ke semua ada..
so sebagai permulaan post, apa kata kita mulakan dengan post yang paling best dalam hidup aku tahun ini iaitu perihal hari keputeraan ulang tahun aku! hehehehe =P
sambut pada Sabtu 28 April yang lalu dan aku & isteri menyambut hari bersejarah dengan layan tengok movie di Alamanda Putrajaya. dah lama beb tak layan~. kitorang layan cerita Battleship tapi yang 2D punya la, bukan 3D.
Di bawah ialah poster-poster Battleship yang aku rasa.... a w e s o m e~ !
Habis je layan movie, kitorang cabut dan pergi pulak ke Jusco Taman Equine. Kitorang shopping kejap dan lunch dan jamu mata tengok macam2 barang.
Sempat jugak beli hadiah untuk kawan isteri yang akan mendirikan masjid pada hujung Mei nanti.
(Orangnya ialah sebelah kiri sekali dalam gambar di atas)
Sebelum balik, sempat la jugak singgah beli kek. Sponsored by my wife =)
Malamnya, kitorang celebrate sambut sama2. Baru je habis makan hari Ahad besoknya..
(Amaran Kerajaan Malaysia: Bilangan lilin tiada kaitan dengan bilangan had umur saya!)












No comments:
Post a Comment